Foto Al Jazeera
Oleh Netizen

SAYA sembang dengan kenalan saya yang keluarganya susur galur dari Libya.

Dia rasa bernasib baik tinggal dan bekerja di negara kita sebagai profesional.

Dia kata orang Malaysia terlalu kerap berdoa benda tak elok ketika mereka emosi. Contohnya, rakyat susah bagai nak mati, negara dah nak muflis, negara huru-hara, rakyat kebulur, rakyat itu dan ini sekadar untuk menggambarkan betapa teruk ahli politik.

Dia yang dah tinggal sini lebih 15 tahun berkata rakyat Malaysia belum tahu erti kesusahan, kebuluran, muflis, huru-hara. Jangan berbohong pada diri sendiri. Kemiskinan di negara kamu sangat kecil. Jadi jangan selalu bercakap begitu sebab itu satu doa. Benci mana sekalipun kamu dengan ahli politik, terimalah hakikat negara kamu sangat makmur.

Jangan selalu sebut benda yang kamu tidak tahu bagaimana pedih sakitnya. Nanti Allah bagi baru kamu menyesal.

Libya dulu sangat makmur dan sebenarnya lebih baik dari segi kebajikan rakyat berbanding Malaysia. Tapi rakyatnya tidak bersyukur dan meruntuhkan negara sendiri kerana nafsu.

Sampai sekarang mereka berperang sesama sendiri. Politik tak pernah stabil. Dia sudah terputus hubungan dengan ramai saudara mara di sana. Yang mati terbunuh pun ramai kerana jenayah berleluasa.

Beliau kemudian share kepada saya kata-kata nasihat YANG baik:

“Jangan sampai kamu muslim Malaysia jadi lebih teruk dari yahudi. Yahudi kalau bercakap dia berlebih-lebihan tapi mereka jaga bangsa, agama dan politik mereka. Kamu cakap berlebih-lebihan tetapi meruntuhkan kekuatan agama, bangsa dan politik sendiri.”

Muammar Ghadaffi dulu ada buat silap tapi jasanya berpuluh kali ganda lebih memakmurkan rakyat namun tergamak rakyat bunuh dia kerana hasutan dan nafsu, kononnya mahukan demokrasi dan kebebasan. Sampai sekarang tak nampak demokrasi dan kebebasan di Libya. Semua orang Libya baru tersedar dan dah tak berguna lagi. Terpaksa hadap keadaan huru-hara, bom sana-sini, bunuh sana sini, perebutan kuasa politik yang tak berkesudahan.

Salahnya satu sahaja iaitu TIDAK BERSYUKUR dengan apa yang ada, TAMAK dengan apa yang belum tentu.

— BebasNews

Leave a Reply