English soccer - Foto Premier League

LONDON — Perlawanan bolasepak Liga Perdana Inggeris (EPL) yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini ditunda bagi menghormati kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Ketua Eksekutif Liga Perdana, Richard Masters berkata, ia melibatkan semua empat divisyen teratas bola sepak England, selain liga wanita tidak akan mengadakan sebarang perlawanan selepas badan tertinggi bola sepak negara itu memilih untuk membatalkan saingan.

“Kami dan kelab-kelab kami mahu memberi penghormatan kepada Yang Mulia Ratu atas perkhidmatannya yang panjang untuk negara kami,” kata.

Ratu Elizabeth II, monarki Britain paling lama bertakhta dalam sejarah negara itu, mangkat pada usia 96 tahun hari ini.

Istana Buckingham memaklumkan kemangkatan baginda dan bermulanya tempoh berkabung selama 10 hari, ketika seluruh dunia mengucapkan takziah dan mengimbau kembali kegemilangan pemerintahan baginda. — BebasNews

Leave a Reply