Fazura menerima sijil penghargaan daripada wakil Malaysia Book of Records, sewaktu Faztival Fazura 2022, baru-baru ini.

TUJUAN utama penganjuran konsert Faztival Fazura 2022 yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil semalam (11 September) adalah untuk merai peminat Fazura yang sentiasa memberikan sokongan kepada kerjayanya.

Selain itu, Faztival Fazura juga bertujuan memberi penghargaan kepada pengguna rangkaian produk jenama Fazura yang diasaskan olehnya iaitu hijab, Tudung Fazura, produk penjagaan kulit, Fazura Skincar, produk kecantikan, Fazura Beauty dan rangkaian fesyen serta aksesori Fazbulous.

Fazura mencatat dua rekod sepanjang penganjuran Faztival Fazura 2022.

Malah acara gilang gemilang itu juga untuk meraikan para stokis dan ejen rasmi, Fazura Besties yang menunjukkan pencapaian terbaik dan konsisten sepanjang menjadi wakil jualan produk jenama Fazura.

Mereka ini merupakan nadi dalam menggerakkan program Fazura Rewards, di mana pelbagai barangan eksklusif dapat ditebus menggunakan mata ganjaran yang dikumpul.

Fattah Amin sewaktu mengalunkan selawat sebelum acara bermula.

Niat murni Fazura untuk merai insan-insan yang sama-sama mencipta kejayaan bersamanya itu berjalan lancar dan lebih 8,000 penonton hadir memberi sokongan.

Pengasas Fazura, Nur Fazura Sharifuddin yang mesra dengan panggilan Faz, meluahkan rasa terharu dengan sambutan luar biasa terhadap konsert sulung Faztival itu.

M.Nasir mendendangkan Mentera Semerah Padi untuk lagu ketiganya.

Melihat kepada sambutan yang diberikan, Fazura berharap untuk menjadikan Faztival Fazura sebagai acara tahunan anjuran syarikatnya.

Makhluk Tuhan Paling Seksi, dendangan Mulan Jameela.

“Alhamdullillah Faz bersyukur kerana konsert ini mendapat sambutan luar biasa dan tidak menyangka dapat mencipta dua rekod baharu Malaysia Book of Records (MBOR).

“Konsert Faztival Fazura 2022 telah mendapat pengiktirafan MBOR dengan penciptaan dua rekod baharu peringkat kebangsaan iaitu The Largest ‘Tudung Fazura’ Gathering in an Event dan The Largest Tudung Bawal in Malaysia,” katanya tersenyum bangga.

Serentak dengan penganjuran konsert tersebut, Fazura turut melancarkan produk terbaharu keluaran syarikatnya iaitu Fazura BeautyWater, minuman tanpa gula yang diperkaya dengan lycopene, untuk mencantikkan kulit secara semula jadi.

Selain itu, Fazura juga berharap dapat membantu merancakkan industri hiburan tanah air dan kegiatan ekonomi industri hiliran yang lain seperti pelancongan dan Meetings, Incentives, Conferences and Exhibitions (MICE) tempatan yang menerima kesan akibat pandemik Covid-19, selaras dengan aspirasi #MilikSemua.

Fazura turut mendendangkan lagu untuk pendengaran penonton.

Pada malam itu, Fazura turut memperdengarkan suaranya menerusi medley, Sayangi Dirimu, Bisa Apa, Hancur Aku dan Jika Cinta Allah dengan petikan gitar akustik oleh Ahmad Dhani.

Konsert pertama Faztival Fazura membuka tirai kira-kira pada pukul 8.33 dengan alunan bacaan selawat oleh suaminya, pelakon Fattah Amin sebelum acara hiburan bermula.

M.Nasir menjadi penyanyi pertama mengadakan persembahan di pentas itu dengan lagu Suatu Masa. Sewaktu beliau mendendangkan lagu tersebut, terpampang wajah arwah bapa Fazura, Sharifuddin Adnan (1956 – 2000) di skrin dengan kata-kata, “ Missing you and loving you everyday”.

Fattah Amin mempamerkan aksi silat di pentas sepanjang M.Nasir mendendangkan lagu Mentera Semerah Padi.
Ahmad Band menampilkan Ahmad Dhani sebagai vokalis utama.

Kemudian diikuti dengan lagu Tanya Sama Itu Hud Hud dan Mentera Semerah Padi, di mana Fattah selaku pemegang watak Awang dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan tampil mempamerkan aksi seni silat.

Selepas itu muncul pula Amir Masdi yang mendendangkan lagu Asmara, Esok dan Kau Sakiti sambil memetik gitar. Pentas kemudian diambil alih oleh Ratu Rock Ella dengan lagu Dua Insan Bercinta, medley Sembilu dan Retak serta Kesal.

Konsert yang dianjurkan dibawah jenama Fazura tersebut turut menghimpunkan penyanyi terkemuka tempatan yang lain seperti Datuk Awie, kumpulan Ruffedge, Ippo Hafiz dan Zizi Kirana.

Kira-kira 8,000 orang hadir memeriahkan Faztival Fazura di Axiata Arena, Bukit Jalil, baru-baru ini.

Ahmad Dhani dan Mulan adalah dua artis Indonesia yang dijemput untuk membuat persembahan pada konsert tersebut. Mulan memilih lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi, Wonder Woman dan Sinaran.

Lagu Suatu Masa didedikasikan khas kepada Allahyarham bapa Fazura.

Manakala Ahmad Dhani yang tampil bersama anggota Ahmad Band termasuk dua orang anaknya, Al dan Dul mendendangkan lagu OD, Distorsi, Sudah, Bidadari Kesunyian, Aku Cinta Kau dan Dia dan Madu Tiga. — BebasNews

Leave a Reply