KUALA LUMPUR — Peniaga di Malaysia yang mengambil bahagian dalam kempen 9.9 Hari Pembelian Hebat buat kali pertama mencapai purata peningkatan jualan sebanyak lebih daripada 5 kali ganda pada 9 September, berbanding hari biasa.

Kesihatan dan Kecantikan, Kelengkapan Rumah dan Kehidupan serta Barangan Mudah Alih dan Aksesori muncul sebagai kategori paling popular semasa hari kemuncak festival membeli-belah tersebut.

Meskipun pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan dalam bangunan kecuali dalam situasi tertentu, ia masih menjadi salah satu produk yang paling banyak dibeli pada 9 September, lapor Shopee dalam satu kenyataannya di sini.

Makanan dan snek untuk kucing serta produk penyimpanan seperti kotak lipat, kotak kek dan beg kertas turut popular dalam kalangan pengguna, sekali gus menjadi para penjual tempatan sedang membuat persiapan untuk pesanan yang bakal diterima dalam beberapa bulan akan datang.

Mereka yang tinggal di Johor Bahru, Kinta, Seremban, Melaka Tengah, Kuching serta Kota Bharu banyak membuat pembelian pada 9 September. Lokasi-lokasi ini mencatatkan jumlah pesanan tertinggi di negara ini, di luar Lembah Klang.

ShopeePay turut menjadi kaedah pembayaran pilihan pengguna ketika berbelanja di Shopee semasa 9.9 Hari Pembelian Hebat.

Dalam tempoh dua jam pertama pada 9 September, peningkatan sebanyak 9 kali ganda direkodkan untuk pesanan yang dibayar menggunakan ShopeePay, berbanding hari biasa pada tahun sebelumnya.

Dalam tempoh dua tahun sejak pandemik berlaku, para pengguna berkemungkinan lebih terbiasa membayar menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai seperti ShopeePay untuk menikmati kemudahan penggunaan serta nilai dari segi ganjaran.

ShopeeFood sejak bermula pada bulan November 2021 telah membantu ramai pengguna untuk berhubung dengan peniaga besar mahupun kecil melalui platform bersepadu yang disediakan oleh Shopee.

Peniaga mikro terutamanya mendapat manfaat besar daripada ekosistem tersebut. Ini kerana platform tersebut membantu para peniaga mengembangkan perniagaan mereka dalam tempoh pasca pandemik, dengan menghubungkan mereka kepada pangkalan pengguna dalam talian yang luas di aplikasi mudah alih Shopee.

Ini terbukti berdasarkan Hidangan Popular yang dipesan

Kenneth Soh

oleh para pengguna semasa 9.9 Hari Pembelian Hebat. Di semua lima lokasi (Kuala Lumpur/Putrajaya, Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Ipoh), kebanyakan pengguna memanfaatkan diskaun dan promosi hebat untuk memesan makanan tempatan kegemaran mereka seperti Roti Canai, Sate dan Nasi Ayam Penyet.

Selain menyokong peniaga makanan dan minuman tempatan, mereka juga banyak memesan hidangan seperti Strawberry Chocolate Chip Almond Milk Frappe, Sushi, Matcha Boba Tea dan bahan makanan berasaskan Pasta.

Kenneth Soh, Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia berkata, “Kami amat berbesar hati kerana dapat memainkan peranan dalam membantu penjual tempatan di platform kami mencapai tahap peningkatan jualan yang signifikan semasa 9.9 Hari Pembelian Hebat. — BebasNews

Leave a Reply