Razman Zakaria
Oleh Ani Awang

IPOH – Wabak penyakit Demam Babi Afrika (ASF) yang menjangkiti dua ladang ternakan dilaporkan di daerah Kerian, Perak adalah terkawal dan hanya berlaku di Daerah Kerian.

Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak Razman Zakaria berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak telah melaksanakan beberapa tindakan berbentuk kawalan dan pencegahan rebakan penyakit ASF telah dilaksanakan.

Beliau berkata antaranya langkah yang diambil ialah ladang dijangkiti telah disita dan ditahan daripada sebarang pergerakan keluar masuk babi dan kenderaan.

“Pemantauan (survelan), pemeriksaan klinikal dan persampelan di ladang babi komersial di kawasan terjangkit (Zon Pemantauan/Survelan).

“Survelan lapangan akan terus dipergiat dari masa ke semasa, dan siasatan serta persampelan pada babi komersial di ladang dan rumah sembelih di Perak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam JPV Negeri Perak telah mengesahkan kejadian penyakit African Swine Fever (ASF) pada dua ladang babi komersial di daerah Kerian, Perak melalui ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) oleh Institut Penyelidikan Veterinar (VRI), Ipoh pada 17 dan 18 September 2022.

Razman berkata selain itu bilik gerakan di JPV Perak dan Pejabat Veterinar Daerah (PPVD) Kerian telah diaktifkan dengan penglibatan Pejabat Daerah Kerian.

Katanya memperketatkan syarat pindah babi dan produk babi dari negeri Perak ke seluruh Semenanjung Malaysia serta libat urus dan kempen kepada pengusaha ladang babi komersial untuk memperketatkan biosekuriti ladang.

Menurutnya tindakan perlupusan segera ke atas baki populasi babi di ladang terjangkit ASF yang dijangka selesai pada hari ini merangkumi 88 ekor dengan mengikut piawaian pelupusan yang ketat dan terkawal.

Namun begitu katanya kadar pengeluaran tidak mengalami impak yang besar hasil disebabkan proses pelupusan yang dijalankan.

Razman berkata pemindahan keluar babi dan produk babi dari zon pemantauan (survelan) dikawal dengan ketat.

“Penyakit ASF adalah tidak zoonotik (tidak berjangkit pada manusia).

“Orang ramai dinasihatkan tidak panik dan sila laporkan dengan kadar segera kepada Pejabat PPVD dan Pejabat JPV Negeri Perak atau terus ke Hotline Bilik Pengurusan Krisis JPV Putrajaya ditalian 03-8870 2041,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak telah mengesahkan kejadian penyakit African Swine Fever (ASF) pada dua ladang babi komersial di daerah Kerian, Perak melalui ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) oleh Institut Penyelidikan Veterinar (VRI), Ipoh pada 17 dan 18 September 2022.

Razman berkata berdasarkan saranan dalam kenyataan media JPV Malaysia semalam, para penternak dinasihatkan untuk tidak menghantar babi ke rumah sembelih sekiranya ada tanda klinikal disyaki penyakit di ladang.

Beliau berkata kenderaan pengangkut babi mesti melalui proses disinfeksi secara menyeluruh (tayar, kepala, semua permukaan luar dan dalam lori termasuk lantai, dinding dan bumbung) sebelum dan selepas keluar dari kawasan rumah sembelih.

Katanya semua ladang babi komersial mesti memperkukuhkan amalan dan kemudahan biosekuriti di premis masing-masing bagi mencegah kemasukan penyakit ASF.

— BebasNews

Leave a Reply