Kalau mendengar siaran radio Suria FM dari segmen Morning Morning Suria sampai ke Suria Cinta, anda berpeluang untuk memenangi wang tunai.

BERMULA 12 September hingga 28 Oktober ini, pendengar stesen radio Suria FM berpeluang memenangi sebahagian daripada wang tunai RM70,000 menerusi peraduan ‘Morning Morning SURIA Nak Bagi Duit’.

Dengan tagline ‘DENGAR, INGAT DAN ULANG’, pendengar hanya perlu mendengar lima lagu terpilih yang dimainkan sepanjang hari bermula jam 6 pagi sehingga 1 pagi menerusi segmen Morning Morning Suria, Gaya Suria, Suria Petang dan Suria Cinta.

Cara-cara nak memenangi rezeki terpijak, jangan lupa ikut panduan itu.

Selepas isyarat memanggil dikeudarakan, pendengar perlu menjadi pengirim whatsapp kelima di 017-8961053 berserta nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat e-mel dan #MorningMorningSuriaNakBagiDuit. Penyampai Suria akan menghubungi mereka dan perlu sebutkan lima tajuk lagu berserta nama penyanyi dengan betul.

Wang tunai RM250 akan diberikan untuk jawapan yang betul dan jika salah, wang tersebut akan dibawa ke segmen berikutnya. Jika pemanggil dihubungi pada waktu bonus, mereka berpeluang memenangi wang tambahan RM1,000.

Selain memberi wang tunai kepada pendengar, radio yang berfrekuensi 105.3 FM di Lembah Klang itu juga akan belanja 100 pendengar Suria FM makan di setiap lokasi yang akan dikunjungi bersama penyampai ‘Morning Morning Suria’ Shuib, Ajak dan Suraya.

Kalau dapat panggilan waktu bonus, dapat wang tambahan.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin ‘Jelajah Morning Morning Suria Belanja Makan’ ini adalah kesinambungan daripada siri Jelajah 90 Suria yang diadakan sepanjang Ogos lalu dan lokasi yang dipilih merupakan lokasi yang tidak dikunjungi sebelum ini.

“Aktiviti ini bertujuan untuk mendekatkan pendengar dan juga barisan penyampai Suria FM khususnya Shuib yang baru sahaja menjadi ahli keluarga kami.

Mulai 24 dan 25 September ini, penyampai Suria FM akan bertemu dengan pendengar di sebelah Pantai Timur untuk makan bersama.

“Sepanjang siri ‘Morning Morning Suria Belanja Makan’ diadakan, Pendengar turut berpeluang membeli ‘Barangan Eksklusif Suria’ yang dijual dengan harga promosi serta memenangi sebahagian daripada RM5,000 sewaktu acara berlangsung,” jelas DJ Lin.

Katanya, lokasi pertama untuk program ‘Morning Morning Suria Belanja Makan’ adalah di Kota Bharu, Kelantan pada 24 September ini (Sabtu) yang mana pendengar boleh bersarapan pagi bersama penyampai kesayangan mereka di Ayang Café dan seterusnya makan tengah hari di Make@Tunjung.

Selepas selesai acara di Kota Bharu, penyampai ‘Morning Morning Suria’ akan ke Kuala Terengganu untuk makan malam bersama pendengar di D’Perahu Seafood.

100 orang pendengar bertuah Suria FM berpeluang makan bersama dengan Shuib, Ajak dan Suraya.

Keesokan harinya, Ahad (25 September), Pendengar boleh bersarapan bersama Ajak, Suraya dan Shuib di Nasi Dagang Atas Tol 1 manakala sebelah tengah hari mereka akan berada di Aurora Coffee House, Dungun Terengganu bermula jam 12 tengah hari hingga 3 petang.

Setelah ke pantai Timur, jelajah ‘Morning Morning Suria Belanja Makan’ akan menemui pendengar di Melaka pada 1 Oktober (Sabtu), bersarapan di Roti Canai Kayu Arang dan seterusnya makan tengahari di Asam Pedas Pak Man dan makan malam di The Wau, Melaka.

Aktiviti makan bersama pendengar Suria FM adalah untuk mendekatkan hubungan penyampai radio dengan pendengar.

Info lanjut peraduan ‘Morning Morning Suria Nak Bagi Duit’ dan jelajah ‘Morning Morning Suria Belanja Makan’ boleh dilayari di laman web Suria, www.suria.my dan laman sosial Suria Malaysia:
Instagram: suriamalaysia, Facebook: @SuriaMalaysia, TikTok: @suriamalaysia, Youtube: SuriaTV dan Twitter: @suria_malaysia

— BebasNews

Leave a Reply