Foto via Blogspot

KUALA LUMPUR — Nilai mata wang ringgit jatuh ke paras terendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika diniagakan dalam dagangan pada pagi ini mencecah paras 4.5600.

Kejatuhan itu disebabkan oleh harga minyak mentah yang lebih rendah apabila penanda aras minyak Brent jatuh kepada AS$90.36 setong, selain pengukuhan dolar AS, kata seorang peniaga.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.5640/5680 berbanding dolar AS daripada 4.5585/5595 pada penutup semalam, lapor Bernama.

Nilai dollar kekal menggalakkan berikutan jangkaan keputusan kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas kepada 3.25 peratus setahun oleh Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) di AS pada lewat hari ini.

“Sekiranya jangkaan ini betul, kemungkinan dolar akan turun sedikit berbanding ringgit pada mulanya, memandangkan pasaran telah pun mengambil kira senario yang akan berlaku,

“Sebaliknya, jika Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar faedah lebih daripada jangkaan kepada 3.5 peratus setahun, dolar boleh meneruskan pergerakan menaiknya berbanding ringgit ke arah paras 4.6000,” kata seorang peniaga. — BebasNews

Leave a Reply