Tugu Negara - Foto via Blogspot

Wira Kemerdekaan?

Aku kebingungan…
Aku terpinga-pinga…
Mana tidaknya
Ada suara sumbang
Menobat petualang negara
Komunis…wira kemerdekaan

Memang aku sedar
Mereka menentang Inggeris
Penjajah yang mengaut kekayaan
Yang memporak-peranda kedamaian
Bumi tercinta ini

Lupakah kita?
Nawaitu komunis
Yang tersurat lagi bersuluh
Menjadi negara berideologi komunis.
Yang tidak percaya
Sebarang agama
Tiada kebebasan
Untuk rakyat membuat pilihan
Peneraju kerajaan

Hilang demokrasi…
Hilang kebebasan…
Hilang suara…

31 Ogos 1957…
Bergegar gempita Stadium Merdeka
Dek laungan keramat
Merdeka…Merdeka…Merdeka…Merdeka…Merdeka…Merdeka…Merdeka
Penjajah beredar dari bumi bertuah ini.

Tetapi negara masih tidak bebas
Dek ancaman musuh yang sama
Komunis.

16 September 1963…
Wujud sebuah negara berdaulat dalam peta dunia
Malaysia
Namun, musuh bertunjang di bumi
Komunis.

Terbantut pembangunan negara
Darah dan keringat mengalir
Tangisan dan kesedihan tidak berkesudahan
Demi mempertahankan kedaulatan negara

2 Disember 1989…Hat Yai
Termeterai Perjanjian Damai
Ancaman ketenteraan berakhir
Komunis kalah
Namun bukan petanda berakhir perjuangan
Mencapai matlamat
Negara berpaksi Marxist-Leninist
Hanya kaedah bertukar

Wira kemerdekaan?
Daripada siapa?
Aku?
Aku penjajah?

Wahai rakyat…
Berwaspadalah
Berhati-hatilah
Hayati sejarah ibu pertiwi
Tanah tumpah darahku
Sebelum terlambat!

— BebasNews

Leave a Reply