Tuesday, October 4, 2022
Home Berita/News Laporan perubatan Najib sudah lengkap, sedia serah kepada mahkamah — Noor Hisham

Laporan perubatan Najib sudah lengkap, sedia serah kepada mahkamah — Noor Hisham

Dr Noor Hisham Abdullah - Foto via Blogspot

PETALING JAYA — Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata siasatan klinikal, rawatan dan pemantauan terhadap Najib Razak telah selesai dan laporan perubatan akan dikemukakan kepada mahkamah sekiranya perlu.

Bagaimanapun, katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) bertanggungjawab mematuhi tata etika kerahsiaan pesakit di bawah Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012).

“Sebarang maklumat terperinci mengenai kesihatan seseorang pesakit hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah (sekiranya diarahkan mahkamah),” katanya di Facebook.

Jabatan Penjara semalam memaklumkan bekas perdana menteri itu dihantar ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) untuk rawatan dan pemantauan lanjut sejak Isnin lalu berdasarkan rujukan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Jelasnya, Najib akan dihantar semula ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara sebaik saja pihak pakar perubatan HRC atau HKL memberikan pelepasan perubatan ke atas beliau.

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli membangkitkan isu berkait lokasi Najib ketika ini yang didakwanya seakan mendapat akses ke dunia luar.

Sejak beberapa hari lalu tular dakwaan layanan istimewa diberikan terhadap Najib – yang dirujuk dengan nama kod merpati – di media sosial.

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya berkait kes dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

Sumber asal — https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/09/22/laporan-perubatan-najib-sudah-lengkap-sedia-serah-kepada-mahkamah-kata-kp-kesihatan/

— BebasNews

Leave a Reply