KOTA BHARU — Penulis lirik terkemuka tanah yang juga pelakon terkenal, Bob Lokman, 58, meninggal dunia hari ini.

Bob merupakan penulis lirik lagu Isabella dendangan kumpulan Search.

Difahamkan Bob Lokman atau nama sebenarnya, Mohd. Hakim Lokman meninggal dunia di kampung halamannya di Kubang Kerian.

Media melaporkan penulis lirik itu bergantung nyawa pada jantung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC).

— BebasNews

Leave a Reply