Antara tetamu yang hadir memeriahkan Hari Terbuka KVClean, baru-baru ini.

MENJAGA kebersihan adalah amat penting dalam kehidupan kerana bersuci itu adalah antara ciri-ciri keimanan. Kalau kita mengambil hikmah dari Covid-19, pasti tiada masalah untuk meletakkan kebersihan sebagai perkara utama yang perlu dilaksanakan dalam seharian.

Kebersihan merupakan tanggungjawab semua masyarakat dan tidak tertumpu kepada pihak berkuasa sahaja. Kebersihan ini bermula daripada fizikal seseorang individu sehingga kepada kebersihan alam sekitar keseluruhannya.

Sesetengah masyarakat sangat mementingkan kebersihan, walau bagaimanapun masih ada yang tidak mengendahkan kepentingan menjaga kebersihan.

Dari sudut kesihatan, penjagaan kebersihan adalah salah satu perkara amat ditekankan. Ini termasuk penjagaan diri dan kawasan persekitaran diduduki. Bagi kanak-kanak dan warga tua, mereka lebih terdedah kepada penyakit khususnya wabak dan virus.

Wan Ahmad Tarmizi Wan Abdul Rahman.

Oleh itu, penjagaan kebersihan perlu diberi pendedahan, penekanan dan diamalkan oleh semua lapisan masyarakat.

Sejajar dengan itu, Koperasi Kakitangan Petronas Berhad melalui anak syarikatnya KOPETRO Ventures Sdn. Bhd., mengadakan Hari Terbuka KVClean di ruang legar Megan Avenue II, Kuala Lumpur, 22 September lalu.

Sempena Hari Terbuka itu turut dilancarkan produk jenama KVClean yang menawarkan servis penjagaan dan pembersihan lengkap termasuk servis penyelenggaraan penyaman udara, pembersihan kediaman, pejabat dan bangunan komersial serta servis disinfeksi.

Pengerusi Bahagian Perdagangan & Servis Peruncitan, Wan Ahmad Tarmizi Wan Abdul Rahman berkata, Hari Terbuka KVClean diadakan bagi memperkenalkan jenama dan produk KVClean secara rasmi kepada masyarakat.

Antara tenaga kerja KVClean yang bekerja kuat pada Hari Terbuka KVClean, baru-baru ini.

“Masyarakat menjadi lebih prihatin tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keselamatan tempat kediaman sejak dunia dilanda pandemik Covid-19.

“Persekitaran yang selamat dan bersih amat dititikberatkan orang ramai demi menyambung kelangsungan hidup dan meneruskan produktiviti perniagaan dalam mengharungi kehidupan pasca Covid-19,” kata Wan Ahmad Tarmizi.

Bertemakan Green & Clean, ujar beliau, KVClean beraspirasi untuk menjadi sebuah jenama yang melindungi alam sekitar dan menjadi pemangkin dalam menrencanakan kesejahteraan alam sekitar.

Tambahnya, KVClean bukan sahaja menawarkan perkhidmatan dan produk penjagaan kebersihan di dalam kediaman dan ruang pejabat, KVClean juga menawarkan pakej pemasangan Panel Tenaga Solar bagi pelanggan yang prihatin terhadap alam sekitar.

Pengunjung mengambil peluang meninjau perkhidmatan yang ditawarkan oleh KVClean semepena Hari Terbuka, baru-baru ini.

“Penggunaan panel tenaga solar dapat memberi kesan positif kepada Rumah Hijau serta menjimatkan kos elektrik kediaman. Sempena majlis pelancaran ini, KVClean menawarkan ‘Promosi Hari Terbuka KVClean’ yang merupakan pakej penyelenggaraan penyaman udara serendah RM50 satu unit sebulan.

“Manakala bagi pembersihan pejabat, harga serendah RM399 sebulan ditawarkan bagi lapan sesi pembersihan selama dua jam setiap sesi. Kedua-dua promosi ini sah bagi tempoh kontrak selama setahun khas buat pelanggan yang mendaftar pakej yang ditawarkan sepanjang majlis berlangsung,” jelasnya.

Orang ramai yang berminat untuk membuat tempahan bagi servis yang disediakan oleh KVClean boleh berbuat demikian menerusi aplikasi Whatsapp di talian 013-399 6788.

Anda juga boleh mendapat butiran lanjut mengenai promosi dan senarai perkhidmatan daripada KVClean dengan mengikuti akaun media sosial @KVClean di Facebook & Instagram. — BebasNews

Leave a Reply