KIM Pan-gon (kiri) dan Brendan Gan dalam sidang media prafinal Piala Raja Thailand Ke-48, 2022, hari ini. – Foto FAM

BRENDAN Gan (kanan) yakin dengan barisan bimbingan Kim Pan-gon untuk menyerlah dalam final. – Foto FAM

SESUATU yang pasti istimewa jika Harimau Malaya berjaya mendakap Piala Raja Thailand dalam final edisi ke-48 di Stadium Ulang Tahun Ke-700, Chiang Mai, malam esok.

Harapan ini disuarakan Declan Lambert sekalipun bek kanan negara ini hanya baru mengetahui bahawa kali terakhir Malaysia membawa pulang trofi kejohanan jemputan ini ialah pada 1978 atau 44 tahun lalu.

“Jika dapat lakukannya dengan mengalahkan Tajikistan, ini jadi sesuatu yang istimewa dalam tempoh 44 tahun. Harap-harap berjaya,” katanya dalam rakaman video kiriman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), hari ini.

Perantara, Brendan Gan pula melihat setiap anggota Harimau Malaya kini ‘lapar’ akan kejayaan khususnya kejuaraan sehingga beliau menganggap seolah-olah tidak wujud siapa kesebelasan utama atau barisan simpanan.

“Saya pernah lalui banyak cabaran yang hanya jika sentiasa berfikir positif, mampu mengikis yang negatif. Kami cukup bagus untuk memenangi (kejuaraan ini) dan ke sini untuk tampilkan prestasi, hasilnya  akan datang daripadanya.

“Satu penghormatan memakai lencana dan jersi kuning hitam ini. Sebagai pemain bola sepak, kami mahukan sesuatu (piala) tidak kira perlawanan persahabatan, pertunjukan atau bertahap satu antarabangsa,” katanya.

Kali terakhir pertemuan dengan Tajikistan dimenangi Malaysia 1-0 hasil sepakan deras kaki kiri sayap kanan, Safawi Rasid dalam persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 9 November 2019.

Namun pasukan Asia Tengah di ranking ke-109 dunia itu pernah membenam skuad negara kendalian Dollah Salleh 4-1 di Stadium Republik Tengah, Dushanbe juga pada persahabatan, 8 Ogos 2014.

SYAFIQ Ahmad (20) mengetuai pesta kejayaan terhadap Thailand, Khamis lalu dan apakah bakal berulang dengan Tajikistan, esok?

“Tidak kisah siapa yang (ketua) jurulatih (negara, Kim Pan-gon) fikirkan sesuai dengan taktik dan sistem permainan kami, semua perlu berikan 100 peratus dengan profesional.

“Pasukan ini ada kumpulan pemain yang hebat dan berbakat malah berpengalaman dalam ACL (Liga Juara Asia) dan (Piala) AFC. Kami akan bersedia sebaik mungkin untuk akhirnya kembali ke Malaysia dengan piala,” katanya.

Pan-gon mengakui, dalam setiap perlawanan yang diharungi sejak 23 Mac lalu, Harimau Malaya sentiasa memberikan kejutan kepadanya sehingga dia tidak sabar dan teruja untuk melihat persembahan mereka seterusnya, esok. — BebasNews

DECLAN Lambert menunaikan tugas pengambil sepakan penentuan penalti keempat biarpun baru menikmati penampilan sulung antarabangsa bersama Harimau Malaya. – Foto FAM

Leave a Reply