SKUAD kebangsaan dalam edisi sulung Piala Raja Thailand 1968. – Foto DSU

JAMES Yakub dan Reduan Abdullah (depan, kiri dan dua dari kiri) selain Abdullah Ali serta Bakri Ibni (berdiri, dua dari kiri dan dua dari kanan) yang menganggotai skuad juara Piala Raja Thailand 1978. – Foto DSU

• PENYERANG dari Sarawak, James Yakub menjaringkan dua gol, masing-masing dalam perlawanan Kumpulan B ketika Malaysia menewaskan Thailand B 2-1 dan Korea Selatan 3-0 pada separuh akhir Piala Raja Thailand 1978.

• Reduan Abdullah menjaringkan gol kemenangan minit ke-59 ketika kali terakhir Malaysia menjulang Piala Raja Thailand pada 5 Mei 1978, dengan menewaskan Singapura 3-2 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok.

• Chow Kwai Lam merupakan jurulatih negara dalam kejohanan yang bermula pada 26 April 1978 itu. Turut membarisi skuad juara ini ialah M. Viathilingam, Yunus Alif, Abdullah Ali, Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Rashid Hasan, Nasir Ibrahim dan Bakri Ibni.

REDUAN Abdullah pada 1978, selain membintangi skuad juara Piala Raja Thailand, pernah beraksi menentang England B dalam perlawanan persahabatan dan memenangi pingat emas Sukan SEA 1977 di Stadium Merdeka. – Foto DSU

• Empat kali Malaysia menjulang Piala Raja Thailand iaitu 1972, 1976 (juara bersama Thailand), 1977 (juara bersama Korea Selatan) dan 1978 dengan sekali muncul naib juara pada 1973.

• Namat Abdullah memimpin pasukan negara yang menjuarai Piala Raja Thailand 1972 selepas menewaskan tuan rumah 1-0 menerusi jaringan Mokhtar pada minit ke-59 hasil umpanan R. Visvanathan.

• Penampilan terakhir Malaysia dalam Piala Raja Thailand ialah 1995 dengan skuad kendalian Claude Le Roy, warga Perancis ini terkandas dalam peringkat Kumpulan A, termasuk dikalahkan Pilihan Korea Selatan 2-0.

• Diperkenalkan pada 1968, Piala Raja Thailand pernah dianggap mahu ‘meniru’ kemeriahan dan kejayaan Pestabola Merdeka anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang diasaskan dan diilhamkan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra pada 1957.

• Antara pemain Malaysia yang beraksi dalam edisi sulung Piala Raja Thailand dari 20 November hingga 2 Disember 1968 di Bangkok ialah kapten Abdullah Noordin, Namat, Zulkifli Norbit, M. Chandran, Sardar Khan Hyder Khan dan Ibrahim Mydin.

• Mereka menduduki tempat keempat pada 1968 setelah dikalahkan Thailand 6-0 (penentuan tempat ketiga), dikalahkan Indonesia 6-1 (separuh akhir) dan tuan rumah 3-0 serta menewaskan Laos 5-0 (Kumpulan 1).

Leave a Reply