SITI Akmaliyah Shuhaimi menunjukkan antara lambakan produk ketupat sebanyak 5,000 bekas di kilangnya. – Foto FB SA

BISKUT tart ini dijual hanya RM25 sebekas berbanding harga asal, RM35 dalam jualan terus dari kilang Magnovas. – Foto FB SA

MAGNOVAS Macnufaturing Sdn. Bhd. melancarkan jualan terus dari kilang bagi produk-produk makanannya di Taman Bukit Badong, Ijok, Selangor bagi mengatasi masalah lambakan bekalan ekoran kesukaran mendapatkan pelanggan di tengah-tengah inflasi yang melambung tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Siti Akmaliyah Shuhaimi dalam laman Facebooknya, berkata, antara produk yang perlu dihabiskan stoknya dengan kadar harga istimewa berbanding harga asal seperti:

“Biskut tart  = RM25 (harga asal RM35) – 1 karton RM140 (6 bekas);

Lamb shoulder 320g = RM19 (RM29) – 12 paket RM225;

Lamb shoulder 650g = RM36 (RM55) – 12 paket RM410;

Benji roll 10 inci = RM25 (RM45) 10 roll = RM220.”

SITI Akmaliyah Shuhaimi menunjukkan lambakan stok kek benji roll sebanyak 4,000 keping di kilangnya di Ijok, Batang Berjuntai, Selangor. – Foto FB SA

Semalam, Akmaliyah turut telah memuatnaikkan satu video berdurasi kurang dua minit semalam yang menyampaikan keluhannya dengan lambakan produk Magnovas di kilangnya yang menggambarkan 40% daripada cabaran besarnya sekarang.

“Kini yang tinggal ialah produk kumpulan terakhir dalam Julai lalu untuk diselesaikan.

“Kami meuar-uarkan jualan terus dari kilang ini kerana berpendapat menerusi media sosial inlah satu cara yang cepat untuk mencairkan produk-produk ini,” katanya dalam laman berkenaan.

Sekalipun ada deposit yang diambil daripada klien-klien tetap Magnovas termasuk founder dan pasar-pasar hiper dengan jumlah pesanan terendah (MOQ), kata Akmaliyah, “itu hanya membantu sekitar 30% dan produk yang sudah siap ini tetap perlu diselesaikan kerana mempunyai tarikh luput.

Jelasnya, ada antara pelanggannya sudah bersama Magnovas selama tujuh tahun dan kedua-dua pihak mempunyai perjanjian berkaitan MOQ dan sebagainya namun pihaknya perlu prihatin dan memahami inflasi sekarang dengan kenaikan harga bahan mentah khususnya yang melambung, telah menjejaskan semua orang.

SITI Akmaliyah atau Leeya melancarkan jualan besar-besaran stok produk Magnovas dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. – Foto SA

“Ada yang sudah bersama saya sehingga tujuh tahun lamanya.

“Mereka juga sedang dalam kesusahan. Ya, ada perjanjian, ada macam-macam cara saya boleh buat tetapi kalau orang sudah susah, dicampak lagi semua barang ini pada mereka, adakah itu penyelesaian yang bijak?

“Sekurang-kurangnya selagi produk ada dalam tangan saya, saya masih boleh jual, tidak kisahlah jika sudah tidak untung. Dalam keadaan sekarang, ada orang beli pun sudah syukur,” katanya yang turut dikenali sebagai Leeya.

Lokasi jualan kilang produk Magnovas katanya, boleh diperoleh secara WhatsApp 0111-1959769.

“Semua produk yang dijual tidak mempunyai pelekat pembungkusan dan dijual dengan harga kilang,” katanya.

LOKASI kilang jualan besar-besaran produk Magnovas boleh dicari menerusi Waze dan WhatsApp 0111-1959769. – Foto FB SA

Leave a Reply