PUTRAJAYA — Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Putera Mahkota Mohammed bin Salman atas pelantikan baginda sebagai Perdana Menteri Arab Saudi.

“Setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Mulia Putera Mahkota Mohammed bin Salman atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Arab Saudi.

“Malaysia berharap akan terus mengukuhkan lagi hubungan dua hala di bawah pimpinan Yang Amat Mulia khususnya dalam meneroka bidang kerjasama baharu dengan Arab Saudi,” kata Perdana Menteri menerusi media sosial hari ini.

Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud pada Selasa melantik Putera Mahkota Mohammed bin Salman sebagai Perdana Menteri baharu. — BebasNews

Leave a Reply