KETIKA berkunjung ke Buton Selatan, Sulawesi Tenggara semalam, aksi seorang pelajar perempuan yang masih lengkap berpakaian seragam sekolah menarik perhatian Presiden Indonesia Joko Widodo.

Pelajar itu berlari-lari ke arahnya dalam keadaan menangis.

Kata Jokowi “ Di antara ramai penduduk Sulawesi Tenggara di Buton Selatan, saya ternampak Sabrila menangis. Rupa-rupanya dia mahu berjumpa dengan saya.

Lebih terharu apabila Sabrila berkata : “Hp ku rosak gara-gara mengejar Pak Jokowi. Saya sudah menunggu,”

Jokowi kemudiannya berkata : “Hp nya rosak… Tukar itu hpnya”

Jokowi nyata gembira dengan jelajahnya yang mendapat sambutan.

“Dua hari melawat Sulawesi Tenggara — ke Bandar Baubau, Kabupaten Buton, dan Kabupaten Buton Selatan — saya menerima sambutan yang amat hangat daripada masyarakat.

Mereka kelihatan optimis, untuk melangkah bersama ke arah Indonesia yang maju,” katanya dalam catatan media sosial.

— BebasNews

Leave a Reply