MOHD AJIB ISMAIL - Foto via malakattribunenews.com

PUTRAJAYA, 29 Sept. — Pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan tidak lagi diwajibkan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail dalam satu kenyataan berkata, ketetapan itu berkuat kuasa mulai esok, 30 September 2022.

Menurutnya, ketetapan tersebut mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan selari dengan ketetapan terkini kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan Covid-19.

Bagaimanapun, pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau masih digalakkan.

“Individu bergejala seperti demam, batuk dan selesema serta mereka yang berisiko tinggi seperti warga tua serta kanak-kanak amat digalakkan untuk memakai pelitup muka,” katanya. — BebasNews

Leave a Reply