DJ Lin dimasukkan ke hospital selepas rasa kesakitan di bahagian kiri perutnya.

TIAP kali stesen radio Suria FM mengadakan aktiviti, orang yang paling sibuk mengurus itu dan ini adalah penyampai radio popular DJ Lin.

Dia sering memberi komitmen dalam setiap aktiviti stesen radio Suria FM terutamanya apabila melibatkan orang ramai. Bagi DJ Lin bertemu pendengar secara langsung adalah sebagai tanda terima kasih kepada pendengar yang sentiasa menyokong stesen tersebut.

Namun dalam sibuk aktif ke sana sini, Pengurus Besar Suria FM itu akhirnya akur menyerah diri ke hospital selepas menanggung sakit di bahagian kiri perut.

DJ Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abd Majid berkata, badannya juga rasa lemah dan hampir pitam ketika menjayakan sebuah acara stesen itu pada 3 November lalu.

Doktor masih memantau tahap kesihatannya.

“Saya rasa sakit pada sebelah kiri perut. Badan terasa sangat lemah sampai berapa kali nak gelap mata.

“Lepas selesai ground event Suria FM baru-baru ini, saya terus serah diri kt KPJ Damansara Specialist untuk pemeriksaan lanjut. Masih ada beberapa ujian yang perlu dibuat untuk kenal pasti termasuk ultrasound dan ct-scan,” katanya.

DJ Lin dimasukkan ke wad sejak Khamis lalu dan dijangka akan menerima rawatan serta pemantauan sehingga Ahad ini.

Dalam pada itu, penyampai segemen Suria Cinta berkenaan melahirkan rasa terharu apabila dihujani ucapan dan doa daripada peminat sebaik mengetahui dia ditahan di hospital.

DJ Lin amat suka melakukan kerja-kerja yang melibatkan pendengar stesen radio Suria FM.

Katanya, pelbagai hadiah turut dihantar oleh rakan dan peminat kepadanya.

“Terima kasih atas kasih sayang anda semua dan saya sangat menghargainya. Begitu juga jururawat di sini yang menjaga saya serta mengakui pendengar dan peminat DJ Lin.

“Doakan saya lekas sembuh dan dipermudah segala urusan dan hanya Allah dapat balas jasa baik semua,” katanya. — BebasNews

Leave a Reply