ISI-ISI penting pelancaran Pelan Amal dan Usaha (PADU) Manifesto Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 2022 oleh Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Kuala Lumpur pada hari ini.

PADU, satu tawaran baharu dan segar daripada BN kepada rakyat ialah penyelesaian nasional komprehensif seperti kos kehidupan dan sara hidup yang tinggi. Revolusi besar-besaran sistem pengagihan bantuan di seluruh negara – skim bantuan pendapatan asas. Kerajaan mengkreditkan automatik semua isi rumah berpendapatan kurang atau sekurang-kurangnya RM2,208 iaitu ‘top up’ pendapatan bulanan.

Rakyat kelompok M40 dan pembayar cukai antara RM50,000 – RM100,000, diberi 2% potongan cukai pendapatan – meningkatkan kuasa beli golongan M40 dan kurangkan beban kewangan.

Menyedia dan memperkasa pendidikan awal terbaik melalui sistem asuhan dan pendidikan awal nasional percuma untuk semua kanak-kanak berusia enam tahun dan ke bawah – sistem pendidikan awal dan asuhan percuma.

Agenda pendigitalan pendidikan besar-besaran – pengenalan Sistem Persekolahan Tanpa Buku Teks menggunakan komputer riba percuma kepada semua pelajar B40 dan memastikan 100% liputan Internet 5G di semua sekolah dalam masa 18 bulan – menyelesaikan isu-isu seperti beg sekolah berat dan mengemas kini sukatan pelajaran lebih pantas dan mudah.

BN memberikan pendidikan tinggi percuma kepada anak-anak dalam kalangan B40, tanpa yuran kepada semua individu dari kelompok B40 di universiti awam atau sistem pengajian anjal (50% pengajian di kampus dan 50% dalam talian atau jarak jauh) mengurangkan separuh kos pengajian.

Semua mahasiswa menjalani latihan amali diwajibkan bayaran elaun oleh majikan.

 

Penggubalan Akta Penjagaan Warga Emas dan memantapkan fungsi dan keupayaan pertubuhan bukan kerajaan atau NGO yang mengendalikan pusat penjagaan warga emas dan OKU dengan peruntukan RM105 juta untuk lima tahun.

BN menjadikan sekolah kebangsaan medan menyubur keharmonian dan menyemai nilai menghargai satu sama lain. Selain Bahasa Melayu dan Inggeris semua sekolah mengajar bahasa-bahasa komunikasi asas lain seperti Mandarin, Tamil, Iban, Kadazan, Dusun dan etnik lain. Sekolah dijadikan tempat memupuk minda terbaik melalui pengajaran kemahiran baharu seperti pengekodan (coding) dan kreativiti.

BN bersedia meminda Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warganegara asing.

Penggubalan Akta Pendanaan Politik.

Pelantikan jawatan utama negara Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Pengerusi SPR melalui saringan jawatankuasa khas Parlimen melalui wakil mereka di Parlimen, rakyat diberikan mandat untuk meneliti dan terlibat dalam tapisan pelantikan mereka.

Akan menghapuskan semua permit import atau AP untuk semua jenis kereta elektrik bagi memastikan akses yang lebih luas kepada kereta mesra alam mampu milik.

Menambah litupan kawasan berhutan negara kepada 60 peratus keluasan dengan kerjasama kerajaan negeri.

PADU akan didukung dan diusahakan dengan mengumpul bakat terbaik daripada calon yang terpilih – pasukan yang mempunyai ilmu, pengalaman dan berwibawa yang jiwa dan raga mereka, didedikasikan kepada rakyat dan negara. — BebasNews

Leave a Reply