Pengasas DELUX, Dylan Chui (tiga dari kiri), pengedar utama untuk Johor Tay Chwee Lai dan Tay Wei Lun dan pengarah urusan Wendy Chui sewaktu pelancaran bilik pameran terbesar DELUX di Johor Bahru, baru-baru ini.

JIKA bercadang untuk menukar pintu pagar rumah dan tercari-cari corak mana yang sesuai, anda mempunyai banyak pilihan jika berkunjung ke bilk pameran pintu pagar automatik dan sekuriti DELUX Holding (M) Sdn. Bhd., di Taman Ekoperniagaan, Johor Bahru.

Bila berkunjung ke bilik pameran tersebut, orang ramai berpeluang melihat dan merasai rangkaian produk DELUX dan ciri-cirinya dengan lebih baik.

Sempena pameran itu, DELUX turut menawarkan promosi istimewa kepada 80 pelanggan pertama untuk menikmati 40 peratus potongan pintu pagar automatik aluminium tanpa trek dan potongan 30 peratus untuk pintu sekuriti aluminium.

Pengasas DELUX, Datuk Dylan Chui Saig Herg melahirkan rasa gembira atas pembukaan bilik pameran terbesar di Selatan Malaysia yang membawa produk dan perkhidmatan jenama tersebut lebih dekat dengan pelanggan, terutamanya di Johor.

Pengedar utama DELUX untuk Johor, Tay Chwee Lai (dari kiri) dan Tay Wei Lun, Dylan Chui dan pengarah urusan Wendy Chui (tiga dari kanan) melancarkan logo baharu DELUX sempena pembukaan bilik pameran baharu di Johor Bahru.

“Kami percaya pembukaan bilik pameran kontemporari ini tepat pada masanya dalam usaha membantu pelanggan memenuhi impian mereka untuk membina rumah yang lebih baik dan selamat. Ia juga memberi kami peluang untuk menangani keperluan pelanggan dengan lebih baik secara peribadi.

“Melangkah ke hadapan, kami akan terus meningkatkan kehadiran kami di dalam dan luar talian. Salah satu rancangan adalah untuk melancarkan bilik pameran pintu pagar automatik aluminium tanpa trek dan pintu sekuriti aluminium yang terbesar di Malaysia.

Perancangan itu akan dilaksanakan pada tahun 2023, kami tidak sabar untuk melihatnya menjadi kenyataan. Kami akan terus kaji dan menghasilkan produk serta reka bentuk baru pada masa akan datang.” katanya.

Bilik pameran Johor terdiri daripada pelbagai bahagian termasuk Kawasan Paparan Contoh yang mempamerkan sehingga enam set pintu pagar automatik aluminium tanpa trek yang tersedia dalam empat panel, enam panel dengan spesifikasi berbeza serta 10 set pintu sekuriti aluminium, pintu tersedia dalam satu panel, satu setengah dan dua panel selebar lapan kaki atau 2.4 meter.

Ia juga dilengkapi dengan Kawasan Bermain Kanak-Kanak untuk golongan itu bergembira sementara orang dewasa mencari produk yang sesuai untuk kediaman mereka yang indah.

Selain Kawasan Perbincangan dan Kawasan Dinding Honor, terdapat juga Sudut Testimoni untuk bantu pengunjung mengetahui pengalaman pelanggan lain setelah memilih produk DELUX, terutamanya servis sebelum dan selepas pembelian.

Tambah Dylan Chui, selain pembukaan bilik pameran, DELUX turut melancarkan logo baharu untuk meningkat dan mengukuh semula identiti jenamanya kerana reka bentuk produk mereka sering menjadi mangsa plagiarisme walaupun memiliki hak harta intelek.

“Direka bentuk agar lebih mudah diingati dan dikenali, logo baharu itu menandakan DELUX sebagai “The One” yang menyediakan gabungan ajaib kemewahan dan peningkatan status. Ia akan digabungkan ke dalam reka bentuk dan penjenamaan DELUX.

“Kesungguhan kami dalam inovasi telah berjaya mencipta banyak rekod pertama terutamanya dalam teknologi dan reka bentuk kami. DELUX sentiasa menyasarkan untuk memberikan kualiti tertinggi dalam produk, perkhidmatan dan hasilnya. DELUX ialah ‘The One’ dan tiada pengganti,” katanya.

DELUX yang meraih pelbagai anugerah dan pengiktirafan, kini telah memiliki sejumlah empat penyertaan dalam Malaysia Book Of Record.

— BebasNews

Leave a Reply