Dr Alice sewaktu memberi penerangan kepada pihak media tentang risiko mengejar kecantikan.

MENJADI kelaziman manusia, bila diberi rupa paras cantik, dia mahu kelihatan lebih cantik. Itu namanya tidak bersyukur dengan anugerah yang diberi.

Tidak dinafikan, ada ketikanya, kecantikan itu perlu untuk meningkatkan keyakinan diri dalam mengejar impian, tidak kiralah untuk wanita atau lelaki.

Namun tidak semua orang memandang dari sudut kecantikan semata-mata kerana cantik itu abstrak dan ia bergantung kepada pandangan masing-masing.

Dalam era teknologi sekarang, semua boleh berlaku dan ada ketikanya, hilang identiti wajah asal. Apa pun perlu diingat, zuriat yang dilahirkan tidak akan mengikut wajah anda selepas dibedah.

Pastikan doktor atau pakar kecantikan yang dikunjungi untuk buat rawatan mempunyai sijil atau kelayakan yang diiktiraf.

Sekarang ini, pembedahan plastik adalah sesuatu yang universal dan banyak negara yang melakukan pembedahan plastik kerana ia sudah menjadi trend.

Beberapa negara seperti Korea dan Thailand lebih cenderung untuk melakukan perkara ini secara terbuka, berbanding Malaysia walaupun sebenarnya kita ada pakar dalam bidang tersebut.

Untuk pengetahuan, pembedahan plastik dibahagi kepada tiga jenis iaitu rekonstruktif, kosmetik dan estetik. Pembedahan plastik rekonstruktif bertujuan untuk mengubah bentuk anggota badan yang rosak akibat kemalangan, kebakaran atau kecacatan sejak lahir.

Pembedahan kosmetik pula dilakukan untuk memperbaiki bentuk struktur badan agar kelihatan anggun dan menarik seperti memancungkan hidung dan runcingkan dagu.

Dr Alice gembira dapat membantu ramai orang untuk membina keyakinan diri selepas mendapat perkhidmatannya.

Manakala estetik pula perubahan bentuk tubah badan atau wajah tanpa melakukan pebedahan tetapi menggunakan jarum suntikan seperti filler, botoks, laser dan tanam benang, ini yang membezakan kosmetik dan estetik.

Kosmetik merujuk kepada pembedahan manakala estetik maksudnya kecantikan.

Bolehkah kita melakukan pembedahan seperti yang dinyatakan di atas untuk kepuasan diri atau terima saja apa adanya kerana dalam mengejar kecantikan, ada risiko yang perlu dihadapi jika tidak mengikut prosedur yang betul.

Doktor Estetik dan Pakar Bedah Kosmetik, Datuk Dr. Alice Prethima Michael, yang juga pakar dermatologi di Dr. Alice Total Wellness Aesthetics & Cosmetic Centre bersedia berkongsi pengalamannya dengan pengguna.

Selain memberi perkhidmatan dan konsultasi kepada klien, pusat rawatan Dr Alice juga menjual produk yang dikeluarkan.

Menurutnya, sebelum melakukan sebarang pembedahan, pengguna perlulah bijak memilih perkhidmatan doktor yang ada sijil dan diiktiraf dalam bidang tersebut.

Ini kerana setiap orang mempunyai daya ketahanan yang berbeza bagi memastikan rawatan yang diterima bersesuaian dengan masalah dan anatomi diri seseorang.

“Setiap orang berhak untuk bertanya pensijilan lesen kedoktoran, servis, jenis rawatan, jenis ubat yang digunakan mahupun jenis mesin perubatan yang digunakan.

“Saya tiada masalah untuk menunjukkan semua itu kerana terbukti diiktiraf dan legit, boleh juga membuat carian di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia untuk melihat lesen kedoktoran dan bidang perubatan saya,” katanya yang sudah 30 tahun bidang tersebut.

Peralatan dan mesin yang diguna di pusat rawatan Dr Alice adalah yang terkini.

Dr Alice turut menggesa orang ramaiagar tidak mudah terpengaruh dengan pakej harga yang ditawarkan tanpa melihat daripada pelbagai sudut lain.

Dalam masa sama, beliau turut menasihat pengguna agar jangan terpedaya dengan perkhidmatan estetik dari pakar kecantikan kerana kebanyakandaripada mereka tidak memiliki lesen perubatan yang diiktiraf.

“Orang kita biasalah semuanya nak murah, tidak semestinya yang murah itu bagus dan tidak semestinya yang mahal itu tidak bagus. Apa-apa pun selidik dulu latar belakang pusat kecantikan yang anda ingin dapatkan rawatan itu.

“Bidang kepakaran juru kecantikan kebiasaannya dari aspek cucian wajah (facial), mekap, kosmetik namun bagi doktor pakar seperti kami pula bidang dan rawatan kulit mahupun badan lebih luas, kompleks dan menyeluruh, jadi orang ramai haruslah bijak memilih dan bukan hanya mempertimbangkan harga semata-mata” jelasnya lagi.

Dr Alice adalah di antara pakar estetik dan bedah kosmetik yang disegani di Malaysia.

Tambahnya lagi, begitu juga dalam memilih produk kecantikan juga perlu ada pengetahuan dari bahan-bahan yang digunakan dan paling penting sesuai dengan jenis kulit, cuaca dan alahan yang ada.

“Saya lihat ramai yang mengimpikan kulit seperti orang Korea dan lebih terpikat dengan produk yang menjanjikan kesan kulit sebegitu jika memakainya, ternyata ini adalah lebih kepada memikirkan keuntungan semata-mata.

“Perlu kita ambil tahu struktur kulit orang Korea dan Malaysia adalah berbeza. Produk mereka adalah sesuai dengan cuaca di sana namun bagi kulit orang kita, pemilihan produk wajib sesuai dengan persektaran dan cuaca di Malaysia. Jika tersalah memilih produk, pasti ada impilkasi kepada kulit kita,” katanya.

Bagi yang berminat untuk mendapat perkhidmatan dan perundingan dari Dr Alice boleh layari https://www.dralicemd.com

— BebasNews

Leave a Reply