Perdana Menteri bakal merasmikan Karnival Anak Muda Gegor yang turut menampilkan Karnival Jualan NAFAS.

BERA — Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan Karnival Jualan Keluarga Peladang di Dataran Kerayong, Bera.

Ia merupakan mengisian bersama Karnival Anak Muda Gegor Bera.

Objektif program Karnival Jualan Keluarga Peladang antara lain bagi mengeratkar hubungan NAFAS dengan ahli Peladang seta masyarakat setempat secaranya amnya.

Program diadakan bermula jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengah hari, Pelbagai pameran dan jualan dengan penglibatan bersama jabatan dan agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan antaranya Lembaga Pertubuhan Peladang, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Agrobank dan penglibatan sama Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA) seta Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bera.

NAFAS akan menyediakan reruai pameran serta jualan input pertanian dengan potongan harga yang menarik.

Orang ramai boleh mendapatkan pelbagai maklumat secara terperinci mengenai pelbagai maklumat, bantuan serta pelaburan yang boleh disertai sekiranya menjadi ahli Peladang.

Selain itu, turut akan diadakan jualan produk jenama Peladang yang berasaskan makanan antaranya ayam, beras, minyak masak serta input pertanian.

Istimewanya jualan ayam akan diadakan dengan harga serendah RM8 bagi seekor ayam bulat pada waktu “Happy Hour“.

Terhad kepada 500 ekor sahaja. Selain itu, pada waktu biasa, seekor akan dijual pada harga RM10 terhad bagi 1,000 ekor sahaja.

NEKMAT pula akan menjual produk ikan segar beku Q-fish dengan tawaran harga menarik, jualan terus daripada ladang oleh FAMA dan Agrobank akan membuka kaunter perkhidmatan. — BebasNews

Leave a Reply