SATU klip video yang tular dan didakwa menggambarkan ‘lautan’ sokongan penyokong Pakatan Harapan (PH) dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Kelantan, sebenarnya berlaku di Taichung, Taiwan.
Video mengelirukan dan palsu serta ditambah dengan audio latar seorang lelaki itu dirakam ketika rapat umum pilihan raya presiden Taiwan bagi calon Han Kuo-yu pada 22 Jun 2019.
Sebuah laman sesawang, Faqcheck Lab yang mengkaji video ini yang mulanya dimuatkan oleh pengguna Lang3911 menerusi TikTok pada 24 Oktober lalu, mendapati dakwaan dalam suara latar itu palsu.

[email protected]
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, stringer Buletin Utama dan penyunting Harian Watan 1994-1996. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena, Formasi (Astro Arena) dan Ruang Bicara (Bernama TV). Juga Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2008-2017, Pemenang Pertandingan Penulis Sukan Piala Asia 2007 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Pegawai Teknikal Antarabangsa (ITO) Sepak Takraw Sukan Pantai Asia Muscat, Oman 2010 serta Sukan SEA Hanoi, Vietnam 2022.