BIJAK mengambil kesempatan terhadap isu sekeliling untuk memasarkan produk. Itulah idea kreatif yang digunakan oleh usahawan kosmetik, Aleeya Zailan.
Bersempena musim Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang bermula sejak awal bulan ini, Aleeya tekad untuk persiapkan diri menjadi calon pemimpin demi membela nasib rakyat.
“Ya, harap sangat nanti rakyat dapat undi dan pangkah saya supaya dapat jadi YB Aleeya.
“Bukan Yang Berhormat, tapi ‘yang berjuang’,” selorohnya sempena gimik pelancaran kempen jualan dan promosi besar-besaran yang dinamakan GE Sales AZ, sebelum orang ramai keluar mengundi pada 19 November 2022.

Menurut pemilik jenama Avenys berusia 36 tahun itu, menggalas status jutawan di kala masih muda secara tidak langsung memberi kesempatan baginya untuk membalas semula jasa-jasa ‘rakyat’.
Jelas ibu kepada tiga cahaya mata itu, rakyat dimaksudkannya merangkumi penyokong tegar produk Avenys seramai 2.5 juta pengikut di kesemua platform media sosial miliknya.
“Alang-alang semua orang tengah sibuk dengan PRU, tercetus idea untuk menyuntik elemen pilihan raya ke dalam kempen promosi yang kami jalankan kali ini.
“Dengan cara ini, kami dapat menghangatkan lagi suasana pilihan raya sebenar, di samping menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan warga Avenys,” jelas anak kelahiran Umbai, Melaka itu.
Selain itu, kempen GE Sales AZ turut diiringi laungan slogan berbunyi, ‘Dari Rakyat Kepada Rakyat’ yang bererti setiap keuntungan diperolehi syarikat Bumiputera tersebut dijamin memberi pulangan buat para kakitangan serta pelanggannya.
Sebagai manifesto kempen berkenaan, Aleeya yakin dan berani jamin semua pihak yang menyokongnya bakal mendapat manfaat, terutama dari aspek peningkatan ekonomi diri serta keluarga.
“Tapi korang kena lah daftar sebagai ahli dulu. Wajib! Nak mengundi kenalah berdaftar! Kalau tak daftar, macam mana Aleeya nak tahu yang korang ni rakyat setia kat Parlimen AVENYS kan?
“Ni bukan ‘gula-gula’ politik, memang hadiah yang layak untuk rakyat!! Khas untuk rakyat-rakyat yang berada di parlimen Avenys!! Korang wajib undi YB Aleeya untuk PRU kali ni sebab Aleeya nak bagi 10% + 10% diskaun untuk setiap pembelian berkembar. Semua produk tau,” tulisnya di Instagram.
— BebasNews

Khadijah Ibrahim Penganalisis BebasNews. Beliau wartawan hiburan prolifik yang pernah menulis untuk Utusan Malaysia, Pancaindera, dan Mingguan Malaysia.