SALEH Al-Dawsari (kiri) meraikan gol kemenangan Arab Saudi pada minit ke-53. – Foto SkySports
ARAB Saudi mencipta kejutan besar dalam bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 malam ini (waktu Malaysia) dengan menumpaskan bekas juara dunia dua kali, Argentina 2-1.
Dalam perlawanan Kumpulan C di Stadium Lusail Iconic itu, Saudi memperoleh gol-gol menerusi Saleh Al-Shehri dan Salem Al-Dawsari pada minit ke-48 dan 53.
Bekas pemain terbaik dunia, Lionel Messi walau bagaimanapun sempat meletakkan Argentina di depan menerusi sepakan penalti pada minit ke-10. — Agensi

[email protected]
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, stringer Buletin Utama dan penyunting Harian Watan 1994-1996. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena, Formasi (Astro Arena) dan Ruang Bicara (Bernama TV). Juga Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2008-2017, Pemenang Pertandingan Penulis Sukan Piala Asia 2007 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Pegawai Teknikal Antarabangsa (ITO) Sepak Takraw Sukan Pantai Asia Muscat, Oman 2010 serta Sukan SEA Hanoi, Vietnam 2022.