MANCHESTER United mengesahkan bintangnya, Cristiano Ronaldo meninggalkan kelab Liga Perdana England itu secara persefahaman berkuat kuasa serta-merta.

“Kelab berterima kasih kepadanya atas sumbangan yang amat besar sepanjang dua tempoh di Old Trafford.

“Dia menjaringkan 145 gol dalam 346 penampilan dan kelab mengucapkan selamat berjaya kepadanya dan keluarganya pada masa hadapan.

“Semua orang di Manchester United terus memberikan perhatian untuk meneruskan kemajuan pasukan di bawah Erik ten Hag dan bekerjasama untuk mencipta kejayaan di atas padang,” kata kelab itu dalam laman sesawang rasminya, semalam (waktu England). — BebasNews

Leave a Reply