Gambar ihsan RTM

KUALA LUMPUR — Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, akhirnya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 sekali gus menamatkan penantian siapakah bakal terpilih menerajui negara.

Ahli Parlimen Tambun itu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, di Istana Negara.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan selepas memperhalusi pandangan Raja-Raja Melayu pagi tadi. — BebasNews

Leave a Reply