KUALA LUMPUR — Perdana Menteri yang baharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan jaminannya bahawa beliau dan kerajaan pimpinannya akan mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dan juga kedudukan agama Islam seperti mana termaktub dalam Perlembagaan negara ini .

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata demikian dalam sidang akhbarnya yang pertama selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 hari ini.

Beliau juga mengesahkan bahawa kerajaan perpaduan yang dibentuk itu terdiri daripada Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) selain turut disokong oleh Ahli Parlimen Warisan, Muda dan Parti Bangsa Malaysia.

Anwar juga tidak menolak kemungkinan penyertaan parti-parti politik lain selepas ini.

Lagi berita menyusul

— BebasNews

Leave a Reply