Anwar Ibrahim - Kredit: Foto South China Morning Post

KUALA LUMPUR — Sidang Dewan Rakyat yang diadakan pada 19 Disember ini akan membentangkan antara lain usul percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga majlis mengangkat sumpah semua Ahli Parlimen.

Anwar berkata, usul itu akan membuktikan keabsahan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat terhadapnya, sekali gus memperkukuh kestabilan Kerajaan Perpaduan, yang merangkumi Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Warisan (WARISAN), Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Bebas.

Beliau juga berkata, hari Isnin ini diumumkan sebagai cuti peristiwa di seluruh negara dan perkara itu telah dibincangkan dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Sebelum ini, saya janjikan cuti pada Isnin (21 November), namun kita tidak dapat bereskan (tubuhkan kerajaan), dan (kini) kita sudah bereskan, Alhamdulillah,” kata beliau dalam sidang akhbar pertamanya hari ini. — BebasNews

Leave a Reply