PENJARING gol pertama Jepun, Ritsu Doan dikerumuni rakan sepasukan yang turut meraikan kejayaannya. – Foto SS

JEPUN mengejutkan Jerman 2-1 dengan kebangkitan lewat perlawanan Kumpulan E bola sepak Piala Dunia Qatar 2022, malam tadi (waktu Malaysia) di Stadium Antarabangsa Khalifa.

Gol-gol pemain gantian Ritsu Doan and Takuma Asano pada minit ke-75 dan 83 membawa Blue Samurai mengikut jejak jiran Asia, Arab Saudi yang menumbangkan bekas juara dunia dua kali, Argentina 2-1, semalam.

Namun Jerman, bekas juara dunia empat kali, mendahului perlawanan di depan 42,608 penonton stadium itu hasil sepakan penalti oleh Ilkay Gundogan pada minit ke-33. Agensi

Leave a Reply