KUALA LUMPUR — Lim Guan Eng tampil memohon maaf kepada kerajaan Sarawak di atas kenyataannya ketika beliau berkhidmat sebagai Menteri Kewangan.
Pengerusi DAP berkata, beliau berbuat demikian kerana enggan terus bersengketa dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
“Saya memohon maaf sekiranya sebarang kenyataan saya telah menyinggung Premier Sarawak dan kerajaan GPS.
“Masa depan negara mendahului segala-galanya. Kita sama-sama mengorak permulaan baru untuk berganding bahu demi memelihara kemajmukan, keterangkuman serta perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan budaya dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan demi kebaikan semua di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook turut memohon maaf kepada Sarawak setelah membuat pertemuan dengan Abang Johari pagi tadi. — BebasNews