“I rindu dia.” Itulah kata-kata pelakon Ungku Ismail Aziz, 36, yang merupakan rakan kongsi Nad Zainal yang juga digosipkan sedang bercinta dan kini dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

Ungku Ismail ditemui ketika menemani Nad Zainal, 32, yang kini terlantar dan ‘ditidurkan’di hospital KPJ Ampang Puteri sejak Isnin lalu kerana menderita paru- paru berdarah. Selain Ungku Ismail turut kelihatan papanya, ibunya bersama adik ibunya dan juga bekas suaminya, Faliq Amiruddin, 34 yang turut berada di hospital.

Kata Ungku Ismail “Saya pohon semua orang dan peminat terus mendoakan Nad Zainal kembali sihat seperti sediakala. Saya sayang dia sebagai manusia. Dia sangat baik, dia bertimbangrasa. Setiap manusia ada kelemahannya. I rindu saat-saat kami luangkan masa bersama, pergi makan bersama-sama. Boleh kata kami suka mencuba semua makanan yang terdapat restoran di Kuala Lumpur

“Tiba-tiba dia jadi begini. Saya rasa sunyi. Saya anggap ini ujian untuk mereka semua. Apa yang saya perlukan sekarang adalah doa daripada rakyat Malaysia. Setiap hari saya akan pos doa untuk Nad dan hampir 300 ribu yang membaca Ig story saya. Maksudnya 300 ribu orang juga turut mendoakan Nad. Itu belum lagi yang forward…share lagi doa tersebut (sambil menahan sebak).

“InsayaAllah. Saya harap biar sejuta orang yang mendoakan dia..hanya itu saja yang saya harapkan kini.” kata Ungku Ismail yang dilihat menitiskan airmata gambaran jiwanya yang terlalu sedih ketika bercakap kepada Bebasnews.

Bercerita lanjut mengenai penyakit Nad Zainal. Tambah Ungku Ismail lagi,“Sekali lagi saya nak tekankan…Nad bukan sakit kerana covid atau long covid. Saya dah fedup dengan kenyataan macam itu dan saya kesal mereka yang sesuka hati bercakap macam itu.

“Sebenarnya kata doktor, penyakit Nad adalah Auto Imune Disease. Dimana antibodinya terlalu hyperactive. ‘Benda ini berperang sama sendiri’ dan ini menyebabkan organ dalamannya terkesan dimana kapilari darah dalam paru-paru Nad pecah menyebabkan darah meleleh dalam paru-paru.

“Menurut doktor, dalam paru-paru kita ada `belon’ dan dalam `belon’ itulah darahnya berkumpul. Kalau` belon’ itu diluar bolehlah dibedah. Masalahnya belon ini terletak dalam paru-paru. Doktor hanya mampu sedut saja darah tersebut. Alhamdulillah, semalam (rabu) darah dah disedut keluar. Dah kurang darah tu meleleh dan hari ini,

“Doktor pun hairan bagaimana darah penuh bertakung dalam paru-parunya. Kata doktor jika dalam paru-paru terdapat banyak darah, Nad sepatutnya muntah atau batuk-batuk. Ini tidak, Nad tidak batuk. Sekarang ini, hingga hari khamis ni, Nad nampaknya dah ok sedikit. Cuma …oksigen dia kena life support lagi. Kalau boleh kurang life support mesin tu lagi bagus.”

Ujar Ungku Ismail lagi,” Saya bertuah sebab dapat luangkan banyak masa bersama doktor… saya ada nombor telefon doktor. Setiap pagi saya akan call doktor bertanyakan perkembangan Nad dan ada masanya doktor juga akan menelefon saya.

“Saya hanya copy paste apa yang doktor cakap. Itu yang saya beritahu pada rakan-rakan artis atau media yang bertanya. Sekarang Nad tengah buat rawatan baru dan doktor berharap rawatan ini dapat membantu mempercepatkan proses pemulihannya. Pada saya semua ubat ada side effect kebaikan dan keburukkannya.

“Hanya satu ubat yang tak ada side effect adalah ‘doa’. Rakyat Malaysia yang menyayangi Nad, boleh bagi ubat itu pada Nad. Itu sebab dalam setiap pos saya saya letakkan doa. Bila orang baca…mereka berdoa sekali untuk Nad.”

“Semalam (Rabu), kedatangan rakan-rakan artis dan saudara-mara memang banyak membantu. Sebelum itu jam 3 petang Nad berada dalam keadaan kritikal kerana paras oksigennya menurun kepada 78 peratus. Bila ramai yang masuk dan berdoa serta berbisik ketelinganya, saya lihat ia membantu dan oksigen naik semula,”jelas Ungku Ismail lagi.

Nad Zainal dimasukkan ke hospital sejak hari Isnin. Pemeriksaan lanjut imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) pada pagi Selasa pagi jam 9 pagi barulah tahu darah banyak berkumpul di dalam paru-parunya. — BebasNews

Leave a Reply