ISMAIL SABRI YAAKOB

MANTAN Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Beliau turut merafakkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah yang memperkenankan pelantikan tersebut.

“Terima kasih kepada seluruh Keluarga Malaysia dan keluarga penjawat awam terutama petugas barisan hadapan yang telah bersama-sama saya selama ini.

“Saya amat menghargai sokongan Keluarga Malaysia dalam membantu pentadbiran saya dalam mendepani cabaran dan memastikan Malaysia terus berada di landasan pemulihan kesihatan, politik dan ekonomi.

“Saya mendoakan Kerajaan baharu ini dapat meneruskan kestabilan politik dan mengekalkan kemampanan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. — BebasNews

ANWAR IBRAHIM

Leave a Reply