Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto dayakdaily.com

KUALA LUMPUR — Kerajaan baharu pasca Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) diharap akan berlaku adil kepada semua pihak termasuk Sabah dan Sarawak.

Seorang pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS), Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, GPS akan memberikan kerjasama penuh kepada kerajaan baharu.

“GPS berkemungkinan akan menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan, yang dianjurkan oleh Yang di-Pertuan Agong,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking turut mengucapkan tahniah kepada Anwar.

“Kami berharap beliau akan segera memastikan pelaksanaan semua tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963,” katanya.

Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Jeffrey Kitingan pula dilaporkan berkata, di samping mengucapkan tahniah beliau mengingatkan Anwar akan berdepan banyak cabaran.

“Kami berharap aspirasi dan tuntutan Sabah dan Sarawak terhadap hak perlembagaan mereka akhirnya didengari,” katanya.

Terdahulu, Istana Negara mengesahkan Anwar akan dilantik sebagai perdana menteri ke-10 dan beliau dijadualkan mengangkat sumpah pada 5 petang hari ini. — BebasNews

Leave a Reply