Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri yang baharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tugas secara rasmi sebagai perdana menteri ke-10 hari ini.

Ahli Parlimen Tambun itu memakai baju Melayu berwarna merah jambu dan lengkap bersamping keluar dari kediamannya di Sungai Long, Kajang pada 9.28 pagi, dengan diiringi polis pengiring, lapor Bernama yang dipetik FMT.

Ketika keluar dari kediamannya, Anwar sempat melambaikan tangan ke arah petugas media dan hanya memberi kata-kata ringkas “hari ini saya kerja”.

Semalam, Anwar, 75, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

— BebasNews

Leave a Reply