ANWAR Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri, hari ini. – AI

PERDANA Menteri yang baharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, kerajaan persekutuan yang dikemudikannya akan memberikan keutamaan kepada usaha menangangi isu kos sara hidup rakyat.

Justeru beliau akan mengadakan pertemuan dengan jabatan-jabatan serta agensi-agensi kerajaan berkaitan selewat-lewatnya pada Isnin ini.

“Inilah antara inti pati kenyataan media saya di Pejabat Perdana Menteri, tengah hari tadi,” katanya dalam laman Facebook, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut mengumumkan bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah secara rasmi menyertai kerajaan perpaduan pimpinannya.

“Ini menjadikan jumlah dukungan pemerintahan (kerajaan baharu ini) kepada dua pertiga (kerusi) Parlimen,” katanya.

Perbincangan juga jelasnya, sedang diadakan bersama parti-parti yang membentuk kerajaan bagi mengecilkan saiz Kabinet.

“Saya turut menegaskan akan mengurangkan gaji anggota-anggota Kabinet kelak,” katanya. — BebasNews

Leave a Reply