SEBANYAK 17 ahli Persatuan Warga Malaysia Qatar tampil memeriahkan Piala Dunia Qatar 2022 dengan paluan kompang sambil berpakaian tradisional Melayu di sekitar Stadium Lusail, Doha.

Turut menggelarkan diri Kelab Kompang Qatar, persembahan ala busking secara ‘live’ mereka berlangsung pada Selasa, Khamis dan Sabtu lalu, 28 serta 30 November selain 2 Disember ini.

Stadium Lusail nerupakan venue Piala Dunia 2022 terbesar yang mampu memuatkan lebih 80,000 penonton membabitkan perlawanan Argentina, Arab Saudi, Brazil dan Portugal serta perlawanan akhir 18 Disember ini.

Video dan gambar oleh pembaca BebasNews, Tia Hafiz mengenai suasana Stadium Lusail semasa perlawanan Brazil menentang Serbia, pagi ini (waktu Malaysia).

BebasNews

Leave a Reply