WALAUPUN sibuk dengan aktiviti seharian namun Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) tidak pernah melupakan artis-artis yang bernaung dibawahnya

Bagi meraikan mereka PKAVM telah merancang Program Santai Pelancongan Seni Langkawi bersama 44 ahlinya yang berlangsung pada 25 hingga 27 November 2022 melibatkan pelbagai tempat pelancongan di Langkawi, Kedah.

Presiden PKAVM, Tukiman Radion berkata, Program pelancongan seni ini diadakan bagi membawa ahli untuk berehat seketika serta menikmati keindahan Pulau Langkawi

“Selain menikmati keindahan Langkawi, kami turut mengadakan program santai bersama masyarakat kampung dan anak prihatin Wakaf Ilmu di Kampung Padang Puteh, Kedawang. Selain itu juga akan diadakan aktiviti bengkel seni lakon, muzik dan tari/silat. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan awal dunia seni bagi memupuk minat dalam dunia seni.

Antara barisan artis PKAVM yang akan menyertai Program Santai Pelancongan Seni Langkawi selama 3 hari di Pulau Langkawi.

“Diharap hasil percutian ini, artis veteran yang mempunyai ramai pengikut dapat meviralkan dan mempromosikan tempat-tempat yang menarik di Pulau Langkawi. Selain rakyat Malaysia diharap ia juga dapat menarik pelancong asing untuk berkunjung kesini. Malah pengusaha dan agen pelancongan disini turut mendapat tempias bagi menjana pendapatan melalui jualan pakej pelancong untuk pelanggan luar dari Langkawi. Secara tidak langsung dapat membantu membangunkan kembali Langkawi yang sepi sebelum ini disebabkan pandemik covid-19.”

Tukiman menambah,“Program Pelancongan Seni bersama artis veteran ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan antara agensi, jabatan kerajaan bersama komuniti setempat.

“Selain bersama masyarakat, artis-artis veteran juga akan dibawa menikmati keindahan pulau pelancongan ini. Mereka akan dibawa melawat tempat-tempat menarik seperti melawat pulau- pulau di Langkawi, menaiki cable car, melawat Laman Padi, Pantai Chenang dan lain-lain tempat yang menarik.”

Sementara itu menurut Ketua Penyelaras Program Santai Pelancongan Seni Artis Veteran PKAVM @ Langkawi Merangkap Timbalan Presiden PKAVM, Amran Nasruddin, “Selain berjalan-jalan kami juga akan menganjurkan Majlis Malam Amal PKAVM jam 8.30 malam pada 26 November di Panggung Seni, Kota Mahsuri, Langkawi.

(dari kiri) Presiden PKAVM, Tukiman Radion bersama Amran Nasruddin bersama banner Malam Amal PKAVM pada 26 November ini.

“Dengan tiket berharga RM50 penonton bakal menyaksikan persembahan artis-artis seperti Datuk Jeffrydin, Siti Fairuz, S. Mariam, Mubarak Majid, Cef Yang Jamil, Cef Zainal, Rahim Kidol dan lain-lain lagi. Sumbangan ini akan disalurkan kedalam Tabung PKAVM bagi membantu artis-artis veteran dan pengiat-pengiat seni yang sakit dan memerlukan.”

Amran menambah,“Penggunaan Panggong Seni, Kota Mahsuri ini diharap dapat kami promosikannya sebagai sebagai tempat persembahan berprestij tinggi bagi kegunaan Awam dan Antarabangsa.

Mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Majlis Malam Amal ini boleh hubungi Encik Amran Nasruddin di talian 019-305 6928 atau Puan Junida Hani 019-4349755.

— BebasNews

Leave a Reply