Foto Facebook @ts.muhyiddin

KUALA LUMPUR — Perikatan Nasional (PN) akan memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen Malaysia dengan membawa suara rakyat selaras dengan prinsip Demokrasi Berparlimen, kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10 semalam berkata, PN akan meneruskan perjuangan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara berpandukan prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil.

“Dengan Kerajaan Persekutuan diterajui oleh Pakatan Harapan, Perikatan Nasional akan memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Anwar mengajak PN untuk bersama-sama Kerajaan Perpaduan yang dibentuk bersama dengan gabungan parti besar Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan GPS.

— BebasNews

Leave a Reply