foto Bernama
Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR — Barisan Nasional (BN) dilaporkan menyerahkan kepada Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menentukan calon Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang akan mewakili gabungan itu dalam Kabinet kerajaan perpaduan.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan, berkata isu berhubung jawatan Timbalan Perdana Menteri itu ada dibincangkan pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN sebelum ini tetapi tiada nama tertentu disebut untuk mengisi jawatan tersebut, lapor BH hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri akan diwujudkan bawah Kabinetnya dalam kalangan wakil komponen kerajaan perpaduan.

Beliau berkata, ia akan diisi oleh wakil masing-masing daripada BN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Anwar yang mengangkat sumpah jawatan PM semalam, kini memimpin kerajaan perpaduan yang setakat ini dianggotai oleh BN dan GPS, sambil tidak menolak kemasukan parti politik lain termasuk Perikatan Nasional (PN). — BebasNews

Leave a Reply