Source - Microsoft Bing

KUALA LUMPUR – Gara-gara mengubah suai sebuah kereta Toyota MR Coupe menjadi kereta Ferari F430, seorang pemuda warga Itali berusia 26 tahun berdepan dengan tindakan kerana melakukan penipuan dan melanggar tanda dagang.

Kereta yang diubah suai itu telah dirampas oleh pihak berkuasa dalam kejadian yang berlaku di Asti, Itali, lapor Oddity Central yang dipetik Malay Mail.

Pihak berkuasa tidak menyatakan apa yang menyebabkan mereka mensyaki bahawa kereta itu diubah suai tetapi perbuatan berkenaan telah disahkan berlaku oleh sepasukan pakar.
Portal berkenaan juga berkata, kereta yang diubah suai itu mempunyai sepenuhnya ciri sebuah kereta Ferari model tersebut.

Bahkan, kereta yang diubah suai turut menggunakan komponen asal Ferrari F430.

— BebasNews

Leave a Reply