IPOH — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta, di sini, hari ini.

Ia sempena kepulangan kali pertama Ahli Parlimen Tambun itu ke kawasannya selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan tiba di istana pukul 10.50 pagi dan selesai menghadap Sultan Nazrin pada 12 tengah hari.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu kemudian menyertai sesi tinjauan mesra di Pasar Tanjung Rambutan bagi menzahirkan penghargaan kepada para pengundi dan penyokongnya.

Beliau meluangkan masa kira-kira 10 minit beramah mesra dengan orang ramai sebelum meninggalkan majlis.

Perdana Menteri kemudiannya menunaikan solat Jumaat di Masjid Muhammad Al-Fateh, Taman Jati, sebelum menyertai kenduri rakyat yang diadakan di situ.

— BebasNews

Leave a Reply