Menteri agama

PUTRAJAYA — Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dipilih menerajui portfolio agama dalam Kabinet Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau akan memegang jawatan itu selaku Senator atau Ahli Dewan Negara bagi menyambung tugas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Mohd Na’im dilantik sebagai Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie untuk menerajui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) berkuat kuasa pada 1 April 2019.

Anak jati Kampung Baru, Kuala Lumpur ini pernah menyandang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

Jawatan lain pernah disandangnya, Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di JKSM, Pendakwa Syarie Kanan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

— BebasNews

Leave a Reply