PEKAN — Sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan bot kepada penduduk di daerah ini.

Dalam titah baginda, Seri Paduka berpesan kepada penerima supaya bot tersebut digunakan secara bersama penduduk lain yang terjejas banjir dan bukan untuk kegunaan sendiri semata-mata.

Baginda mahu mereka membantu orang lain terutama jiran terdekat yang memerlukan bantuan semasa banjir.

Lima bot jenis fiber lengkap bersama jaket keselamatan itu dikurniakan Seri Paduka di pekarangan Masjid Sultan Ahmad Shah, di sini, selepas menunaikan solat Jumaat bersama penduduk setempat.

Turut berangkat Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Sallehudin Ishak.

Pada majlis itu, Seri Paduka turut berkenan mengurniakan sumbangan peribadi selain makanan keperluan harian daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kepada 150 asnaf.

— BebasNews

Leave a Reply