Sumber - Foto Twitter

AKTOR Bollywod, Datuk Shah Rukh Khan berada di Tanah Suci Makkah menunaikan ibadah umrah.

Menurut laporan media antarabangsa, pelakon itu mengambil kesempatan menunaikan umrah selepas selesai menjalani penggambaran filem terbaharu, Dunki di Arab Saudi.

Wartawan Arab Saudi, Saud Hafiz dalam perkongsian di akaun Twitternya berkongsi dua keping foto Shah Rukh Khan di Masjidilharam lengkap berpakaian ihram.

Saud turut menitipkan doa semoga Allah menerima ibadah aktor tersohor dunia itu.

— BebasNews

Leave a Reply