Zahid Hamidi - Foto Blogspot

PUTRAJAYA — Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut menamakan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Timbalan Perdana Menteri II.

Beliau mengumumkan demikian pada sidang media pengumuman barisan Kabinetnya turut memaklumkan beliau akan turut bertanggungjawab sebagai Menteri Kewangan.

Zahid yang juga Presiden UMNO akan turut memegang portfolio Kemajuan Desa dan Wilayah sementara Fadillah portfolio Perladangan dan Komoditi.

— BebasNews

Leave a Reply