Celoteh Kak Feez
TAHUN 80an Kak Feez mula bekerja. Ingat lagi masa tu Kak Feez naik bas ekspress. Setiap Subuh shapie dari Banting dan turun di Asiajaya, PJ (ini memang tempat hot untuk ambil bas mini). Dari Asiajaya Kak Feez akan naik bas mini nombor 28 untuk ke tempat kerja. Perjalanan pergi kerja dari rumah Mak Abah ketika itu ialah 3 jam. Selalu Kak Feez akan ‘punch card’ pukul 8.45pagi.
Balik kerja pulak dalam pukul 5 atau 5.30 petang, naik bas mini sampai Bas Stand Klang (nama je bas stand Klang tapi tempatnya kat Kuala Lumpur nun) bukan kat Klang tau. Kena ke sana sebab nak cuba nasib ada tempat duduk. Kalau naik bas dari Asiajaya dijamin tak ada tempat duduk sepanjang perjalanan nak dekat 3 jam.
Bercerita bab berebut naik bas ni, Kak Feez rasa Kak Feez heroin. Berbekalkan payung panjang dengan hujungnya tajam serta kasut tinggi, itulah senjata nak menyelinap dan berebut dalam bas. Cerita bab dalam bas, bau macam-macam tu jangan tanya. Dah lali dah hidung kat Feez. Yang pasti untuk keselamatan kak Feez sentiasa bawa sapu tangan yang memang dah siap-siap diletak minyak cap kapak untuk sistem pertahanan bau-bauan pelbagai dalam bas tu.
Jika ada pakwe yang dok sebelah Kak Feez cuba nak lentuk tidor kat bahu kak Feez, pasti akan makan hujung payung Kak Feez yang tajam tu. Dok bersempit dalam bas macam sardin bukan igauan masa tu. Itulah dia peperangan dan perjuangan nak pergi kerja mencari rezeki. Kena kuat semangat dan yang penting kena redha. Seingat diri, tak pernah mengeluh, sebab pesan Abah, jujur dalam kehidupan, ikhlas dalam perjuangan, buat kerana DIA.
Perjalanan melalui jalan raya nan berliku, yalah tahun 80an. Macam-macam senaman dalam bas yang terlambung-lambung. Bila pemandu konar lipat (ini istilah untuk memusing stering), ujian untuk kekuatan tangan dan kaki (jika berdiri dalam bas). Kak Feez sendiri ada dua kali terjatuh atas ribaan penumpang apabila bas tetiba pusing mengejut. Jangan tanyalah atas ribaan lelaki atau perempuan kerana pada ketika itu Kak Feez rasa mereka yang menampung jatuhan badan Kak Feez tu ibarat bulan jatuh ke riba!
Sesekali kena bertugas ke Kerteh dan Paka. Ni selalu Kak Feez memandu sendiri atau pergi dengan rakan setugas. Adoi mak jalan ibarat ular kena palu. Kalau tak muntah, tak sah. Macam mengandung sulong pun ada agaknya, dia punya mual dan pening tak boleh nak cerita. Nak elak rasa macam-macam, kena memandu sendiri. Berselisih dan menyusung lori-lori balak yang besar memang perkara biasa. Ngeri. Itu je yang Kak Feez boleh katakan. Hanya Allah yang Maha Pelindung dari sebarang bahaya dan bala bencana.
Sekarang masa berlalu. Jalan raya punyalah cantik. Negara kita antara negara di dunia yang punya jalan raya yang cantik. Jalan terus lurus je. Besar dan cantik. Kalau tersekat pun sebab jem (kenderaan banyak). Benda baik cantik, mana percuma kan? Bayar je lah tol. Sebab Kak Feez dah lalui zaman dulu dengan jalan raya yang teruk, Kak Feez amat mensyukuri apa yang ada sekarang walaupun kena bayar tol.
Bermula dengan bayar tol secara tunai, naik taraf kita ada ‘Touch n Go’ (waa lalu dan sentuh) memang kak Feez tersentuh hati masa ni melihat pembangunan yang menakjubkan. Selepas tu ada pulak ‘Smart Tag’, lagi lah canggih, lalu je tak yah nak sentuh-sentuh. Masa berlalu. Sekarang ni dah guna RFID (Radio Frequency Identification), jalan terus sepatutnya takde penghadang. Tapi negara kita ni pelik kan. Nak yang canggih tapi ada ubah suai pulak.
Setahu akak kalau dah Lorong RFID tu tak perlu dah nak ada kayu penghadang. Jalan je macam di Korea. Kat sini dah lah RFID nya tak tiptop seperti yang diharapkan, kekadang menyangkut juga. Jumlah lorongnya pula satu sahaja dikebanyakan tol. Ada sebahagian tu tiada langsung. Apasal lah kan. Masa promo beria-ia. Buat kerja separuh jalan atau kerja seperti melepaskan batuk di tangga. Sedih tul Kak Feez bila keadaan seperti ini berlaku.
Bila Kak Feez fikir balik itulah keadaan di negara kita ni, negara lain buat, kita pun nak buat. Negara lain ada, kita pun sama. Bila netizen bising, barulah kajian akan dibuat. Barulah menteri akan berbincang, barulah segala semua akan berbincang untuk memikirkan jalan yang terbaik. Bagi Kak Feez buat kerja terbalik namanya ni. Nak buat, buat betul-betul.
Kena terimalah hakikat kita ni, pembangunan nak yang kelas pertama tapi mentaliti masih nun tak tahu ada kelas ke tak dah ni. Semoga semua baik-baik sahajalah. PM pun dah yang kesepuluh sekarang ni. Semoga PMX tu memang PM yang kesepuluh, bukan PM yang salah.
— BebasNews

Penulis ialah bekas COO yang kini mengurus serba-serbi.
Kak, RFID ni keputusan Kerajaan atau syarikat PLUS? Kalau PLUS, PMX tiada sangkut paut, kan?
Namun, PMX boleh ‘Up’kan dengan cara memberi discount Hebat bagi bayaran tol.
Er… Kami masih menanti harga minyak di’turun’kan oleh PMX. Kalau dia tak turun kan, memang cepat la dia jadi xPM.
Kak feez..Memang lah RFID sepatutnya tak perlu ada kayu penghadang..kalaulah pengguna tu macam kak feez yg jujur dan ikut peraturan serta tak kelintong bayar RFID..tapi fikir tak masih ada spesis yg hendak kemudahan tip top tapi kedekut nak bayar tol..Banyak kejadian pengguna yg culas untuk membayar.