KARYAWAN dan rakan artis bersatu menjayakan Jelajah Amal Solidariti Untuk Iskandar sebagai usaha untuk membantunya.

HATI siapa yang tak tersentuh melihat seorang sahabat yang selama ini berperwatakan happy go lucky, kini semua itu sudah hilang daripada dirinya.

Itulah keadaan terkini gitaris kumpulan Spring, Iskandar atau nama penuhnya, Tengku Raden Iskandar Tengku Ismail, 54 tahun.

Pengasas dan ketua kumpulan Spring itu, kini dalam keadaan lumpuh serta turut menderita pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis , kesukaran bertutur dan menjalani dialisis akibat komplikasi buah pinggang.

Terkesan melihat keadaan Iskandar yang kini hilang daya upaya kerja dan tiada sumber mata pencarian, dua sahabat baiknya iaitu Ameng Spring dan Umarul Iklim mengusulkan masalah ini kepada Persatuan Karyawan  Malaysia (KARYAWAN).

Barisan artis dan pihak yang bakal menjayakan persembahan amal Solidariti Untuk Iskandar Spring.

Bagi membantu Iskandar, KARYAWAN merangka jelajah amal Solidariti Untuk Iskandar Spring di seluruh negara.

“Setelah memikirkan beberapa kaedah bagi membantu masalah yang dihadapi oleh Iskandar, kami memutuskan untuk menganjurkan program jelajah ke seluruh negara dan mengadakan persembahan dalam bentuk  busking bagi mengutip dana untuk membiayai derita yang ditanggung oleh saudara Iskandar yang sudah setahun terlantar.

“Memandangkan keperluan biaya beliau agak besar iaitu sekitar RM 40,000 bagi menampung kos perubatan dan perbelanjaan sepanjang tahun (Purata kos bulanan ialah RM 3,000) kami mendapati modul persembahan ringkas ini adalah jalan paling ekonomi dari segi modal penganjurannya dan yakin boleh mencapai matlamatnya,” kata Datuk Freddie Fernandez selaku Presiden KARYAWAN.

Katanya, KARYAWAN telah menyusun tiga lokasi utama iaitu di lokasi Santai Seni@ TAR (Jalan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur), Padang Kota, Pulau Pinang dan Terengganu Drawbridge, Kuala Terengganu.

Keadaan Iskandar sekarang.

Selain itu, siri jelajah amal Solidariti Untuk Iskandar Spring juga bakal diteruskan di beberapa lokasi lain seperti Ipoh, Kota Bharu dan lain-lain pada tarikh yang bakal ditentukan kelak.

Sebagai pembuka tirai untuk siri jelajah tersebut KARYAWAN dan Jabatan Kebudayaan, Kesenian Pelancongan dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memulakan siri pertama jelajah di Jalan Tunku Abdul Rahman bersempena dengan program mingguan Santai Seni@TAR (Berhadapan KAMDAR) pada 29 Januari 2023 (Ahad) bermula pukul 2.30 sehingga 6.30 petang.

Siri pertama ini turut menampilkan barisan penghibur terkenal dan berprestij iaitu Ameng Spring, Umarul Iklim, Syafiq Farhain, Alim Kris, Maman Teachers Pet, Bob Sentuhan, Mus Kemala, Belle Fattah, Iss Arffan, Black Maria, Islah & The People dan Radhi Khalid selaku MC.

“Mekanisme kutipan sumbangan ialah melalui jualan amal beberapa produk seni, CD agama, tabung potter, QR Code dan juga secara dalam talian di mana sepanjang persembahan ini diadakan ianya turut disiarkan secara live,” jelas Freddie pada sidang media Solidariti Untuk Iskandar Spring, semalam (19 Januari).

Pihak Qew Communication tutut memberi sumbangan kepada Iskandar Spring.

Pada majlis tersebut juga tabung Solidariti ini turut menerima sumbangan dari Qew Communications Sdn.Bhd., dan Meta Music Xtreme (Label Muzik Maman Teachers Pet).

Turut hadir didalam majlis siding media ini ialah beberapa rakan strategik yang merupakan penganjur di lokasi seterusnya iaitu Pulau Pinang.

Sebagai tanda sokongan kepada usaha KARYAWAN dan artis, orang ramai dipelawa untuk hadir pada setiap persembahan yang akan diadakan.

Sambil berhibur dengan persembahan barisan artis dan pemuzik berprestij tanah air bolehlah  menyumbang seikhlas hati sebagai solidariti membantu Iskandar.

Wakil Meta Music Xtreme dan Maman Teachers Pet turut menyumbang untuk membantu Iskandar Spring.

Anda juga boleh menyumbang terus ke tabung melalui butiran berikut No. Akaun : 3108024130 (Public Bank) Nama Akaun: Persatuan Karyawan Malaysia.

Video – Iskandar kini mengalami pelbagai komplikasi penyakit.

— BebasNews

Leave a Reply