RESTORAN makanan segera terkenal, McDonald’s hari ini turut serta memperkenalkan Menu Rahmah dengan tiga pilihan sajian produknya berharga RM5 di lebih 300 cawangannya di seluruh negara.

Tiga pilihan itu ialah:
i- burger ayam dan teh ais limau cawan kecil
ii- bubur ayam saiz kecil dan teh ais limau cawan kecil
iii- McEgg bersama teh ais limau cawan kecil.

Pelancaran Menu Rahmah McD itu dilakukan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub di sebuah pusat beli-belah di Damansara, Petaling Jaya, Selangor. — BebasNews

SALAHUDDIN Ayub (kanan) menunjukkan Menu Rahmah McDonald’s berharga RM5 pada skrin pesanan makanan restoran makanan segera itu dalam majlis pelancarannya di Damansara, hari ini.  

Leave a Reply