KUMPULAN NAZA telah mengkaji semula bisnes automotifnya termasuk mengenal pasti
jenama yang bersesuaian bagi memantapkan bisnes automotif NAZA.
Sehubungan itu, Naza telah mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan
perniagaan dengan Ferrari S.p.A (Ferrari), memandangkan ketidakserasian strategi
NAZA berbanding kehendak bisnes Ferrari.
Keputusan ini tepat pada waktunya dan membuka ruang untuk NAZA memberi
tumpuan kepada jenama lain di bawah bisnes automotif.
Langkah ini bakal membolehkan NAZA memperuntukkan sumber perniagaan kepada jenama lain yang telah dikenalpasti dalam strategi bisnes automotif NAZA, kata Kumpulan Naza dalam satu kenyataan ringkas.
NAZA akan terus memberi sokongan kepada Ferrari untuk memudahkan segala proses
peralihan menjelang April 2023.
Naza juga merakamkan penghargaan kepada Ferrari atas hubungan perniagaan yang
sekian lama terjalin dan mengucapkan semoga jenama Ferrari terus mencapai kejayaan.
— BebasNews